Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota polis mengalami kecederaan di bahagian lengan kiri selepas dilibas suspek menggunakan kerambit menerima rawatan di Hospitral Kanowit sebelum dirujuk di Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut. Foto: IPD Kanowit

Polis cedera diserang dengan kerambit oleh suspek kes dadah di jeti Sungai Kanowit

KANOWIT, 16 Sept: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan jenayah dadah bertindak agresif apabila menyerang anggota polis dengan kerambit di sini, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar 3.20 petang di jeti bot Sungai Kanowit itu, suspek yang berusia 35 tahun itu enggan bekerjasama ketika cuba ditahan oleh polis.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan Dennis Bunyam berkata, seorang anggotanya mengalami kecederaan serius di tangan kiri dan bahagian perut akibat kejadian itu.

“Anggota berkenaan dibawa ke Hospital Kanowit dan seterusnya dirujuk ke Hospital Sibu untuk proses rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Dennis, dalam kejadian itu suspek cuba melarikan diri menaiki bot menuju ke tengah Sungai Batang Rejang.

Jelas beliau, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit berjaya mengesan suspek di atas bumbung bot dan sedang memegang parang dan kerambit.

“Polis telah memberi amaran agar suspek menyerah diri namun dia melibas parang ke arah anggota dan kita terpaksa melepaskan tembakan dan mengenai kaki kanan suspek,” jelasnya.

Menurut Dennis, suspek akhirnya berjaya ditahan bersama senjata yang digunakan dalam kes itu.

“Hasil pemeriksaan air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keskesaan kerana cubaan membunuh, dan suspek direman sehingga 23 Sepetember ini untuk siasatan lanjut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan