Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Penyerahan Pelabuhan Bintulu bukti Sarawak diiktiraf sebagai rakan kongsi

ByAmirah Shawel

KUCHING, 16 Sep: Penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak menunjukkan pengiktirafan kepada wilayah ini sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan Pusat atas kerjasama dan usaha berterusan dalam mencapai persetujuan bagi mengembalikan autonomi penting kepada Sarawak.

“Pelabuhan Bintulu kini menjadi milik Kerajaan Sarawak hasil usaha bersama bagi mencapai persetujuan melalui meja rundingan.

“Kemajuan memerlukan kita bergerak bersama berpandukan prinsip keadilan dan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia serta Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),” katanya dalam perutusan Hari Malaysia 2024.

Awang Tengah menjelaskan, rakyat negara ini juga perlu bebas daripada pengaruh luar yang bercanggah dengan nilai dan budaya.

Menurutnya, keharmonian dan hubungan erat yang terbina selama ini hendaklah dipelihara demi kebaikan bersama.

“Tema Hari Malaysia tahun ini mengingatkan kita kemderdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal tetapi juga penjajahan minda.

“Kita harus bebas daripada pengaruh yang menyimpang dari nilai budaya yang kita pegang selama ini,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan