Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri MEITD, Datuk Dr Annuar Rapa’ee (duduk) bersama-sama Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU), Kullin Djayang (tiga Kiri) menghadiri Persidangan Dwitahunan STU kali ke-27 di Kuching.Foto TVS

Pengambilan 1,000 guru atasi masalah kekurangan tenaga pengajar

KUCHING, 16 Sept: Pengambilan 1,000 guru yang diusahakan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) berjaya mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Kullin Djayang berkata, usaha seperti itu sedikit sebanyak melegakan semua pihak kerana Sarawak antara negeri yang mengalami kekurangan guru kritikal.

“Kita berharap pengambilan guru seperti ini akan terus dilakukan sehingga masalah ini dapat diatasi.

“Semua pihak harus sentiasa mengambil berat dan konsisten dalam isu ini kerana kekurangan guru sudah pasti membebankan tenaga kerja sedia ada di sekolah,” katanya.

Menurutnya, memandangkan masih ramai guru tinggal di kuarters usang dan tidak mempunyai kemudahan lengkap, STU menggesa MEITD untuk membaik pulih kediaman tersebut dengan kadar segera.

“Ini adalah salah satu tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kerajaan Sarawak. Janganlah dibiarkan keadaan semakin berlarutan sehingga mendatangkan kemalangan kepada warga sekolah,” ujarnya.

Beliau berkata, STU menyambut baik dan menghargai komitmen Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menyediakan RM100 juta bagi penyelenggaraan sekolah daif di Sarawak.

“Kita berharap usaha ini berterusan demi keselesaan dan kesejahteraan warga sekolah dalam memartabatkan pendidikan di Bumi Kenyalang.

“STU mahu kebajikan guru sentiasa dijaga agar mereka dapat mengajar dengan selesa dan berkesan,” jelasnya.

Sementara itu, Persidangan Dwitahunan STU ke-21 yang berlangsung Sabtu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa’ee.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan