Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Lukanisman Awang Sauni merasmikan Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri Tahun 1446H / 2024M di Dewan Suarah, Miri hari ini. Foto TVS

Maulidur Rasul kukuh perpaduan masyarakat

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 16 Sept: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri bertemakan Sarawak Maju Makmur mampu mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, perpaduan, keadilan dan kesejahteraan sosial penting dalam usaha Sarawak mencapai status negeri maju menjelang 2030.

“Selain itu, nilai seperti amanah, integriti dan keadilan yang menjadi teras ajaran Rasulullah SAW harus dijadikan panduan dalam setiap pembangunan kita.

“Kita perlu berusaha memajukan Sarawak dengan berpegang kepada nilai ini agar kemajuan yang dicapai benar-benar memberi manfaat kepada semua serta dirahmati Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri tahun 1446H/ 2024M di sini hari ini.

Menurutnya, Rasulullah SAW menunjukkan contoh perpaduan kukuh walaupun terdapat perbezaan latar belakang.

“Kita di Sarawak juga perlu memastikan perpaduan kaum dan agama sentiasa dipelihara,” ujarnya.

Sementara itu, perarakan dan pertandingan sepanduk Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri 2024 menyaksikan Sarawak Skills Miri dinobatkan sebagai johan kategori IPT, pusat kemahiran diikuti IPGM Kampus Sarawak dan Curtin University Malaysia.

Kategori jabatan, agensi kerajaan, badan berkanun dimenangi Jabatan Imigresen Malaysia Bahagian Miri manakala Penjara Pusat Miri di tempat kedua dan ketiga Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Masjid Nurul Jamilun Subhi Kampung Pujut Adong memenangi kategori masjid dan surau manakala Masjid Darul Ehsan dan Masjid An Nuur masing-masing di tempat kedua serta ketiga.

Kategori firma swasta, syarikat, institusi kewangan pula dimenangi Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP-PCSB SKA) diikuti Laku Management Sdn Bhd dan Wehaya Sdn Bhd.

Persatuan Kedayan Miri pula memenangi kategori JKK, persatuan, kelab dan pertubuhan manakala Pekida Daerah Miri di tempat kedua dan Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri ketiga.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan