Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 3,000 orang hadir memeriahkan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Sri Aman hari ini yang turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto, Faitullah Morni (TVS)

MA63: Kuasa kutip duti setem kepada Sarawak antara yang belum selesai – Abang Johari

SRI AMAN, 16 Sept: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara perkara yang belum diselesaikan dałam rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan Kerajaan Persekutuan ialah mengenai hak kepada Sarawak untuk mengutip duti setem ketika perjanjian jual beli rumah.

Premier Sarawak itu berkata, kutipan berkenaan boleh mencapai ratusan juta ringgit setahun di wilayah ini.

“Namun saya yakin semua perkara di bawah MA63 akan diselesaikan selagi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Sabah boleh duduk sama untuk berbincang dalam suasana yang berpandukan konsep Malaysia Madani dan memberi penekanan kepada sikap hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Abang Johari berkata demikian menerusi teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Perhimpunan Hari Malaysia Peringkat Sarawak di sini hari ini.

Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kai Hian, Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn serta beberapa menteri kabinet Kerajaan Sarawak yang lain.

Sementara itu, Abang Johari turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang membuat keputusan untuk mengagihkan RM600 juta setahun berbanding RM300 juta sebagai pemberian khas secara interim kepada Sarawak dan Sabah seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menjadikan Sarawak sebuah wilayah yang maju dan setanding dengan negara – negara yang sudah jauh maju.

“Bank Dunia juga sudah mengiktiraf Sarawak sebagai ekonomi berpendapatan tinggi tetapi ini tidak membawa makna kemajuan yang sepenuhnya jika perndapatan isi rumah segolongan rakyat kita masih rendah berbanding purata kebangsaan,” tambahnya.

Sehubungan itu Abang Johari berkata sumber – sumber alam yang dimiliki Sarawak harus diberi nilai tambah supaya rantaian nilai itu akan memberi pulangan lebih besar kepada Sarawak.

“(Ini termasuk) memberi peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan kepada rakyat Sarawak khususnya golongan belia,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan