Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dalam perutusan Hari Malaysia 2024. Foto: UKAS

MA63 hak istimewa rakyat Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 16 Sep: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) disifatkan sebagai hak istimewa yang dimiliki rakyat Sarawak dalam memastikan pembangunan dan kemajuan wilayah ini berterusan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pembangunan di Bumi Kenyalang sebelum ini perlahan berikutan perbincangan MA63 yang tergendala beberapa tahun lalu.

“Hari Malaysia adalah masa untuk kita bersama-sama memastikan pembinaan negara bangsa adalah berterusan supaya apabila Sarawak berada dalam keadaan baik, Malaysia juga adalah baik,” katanya menerusi perutusan Hari Malaysia 2024.

Tambahnya, tarikh 16 September juga adalah hari untuk rakyat seluruh negara memahami sejarah dan faktor pembentukan Malaysia.

“Hari Malaysia bukan sahaja untuk rakyat Sarawak atau Sabah tetapi juga dari Semenanjung untuk bersama bersatu padu sebagai sebuah negara,” ujarnya.

Sambutan Hari Malaysia tahun ini bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka dengan Sabah menjadi tuan rumah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan