Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
M. Dharsini, 21, yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dikucup ibunya semasa lawatan Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Steven Sim Chee Keong ke rumah mereka di sini baru-baru ini. Foto Steven Sim Chee Keong (FB)

Kesempitan hidup pelajar cemerlang dapat perhatian Steven Sim

BUKIT MERTAJAM, 16 Sept: Kesempitan hidup dan mahu menjaga ibu yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) menjadi sebab pelajar cemerlang, S. Dharsini,21, menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka.

Namun, keadaan itu mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Steven Sim Chee Keong yang mahu melihat Dharsini meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan perisian yang ditawarkan kepadanya.

Steven berkata, tawaran itu tidak seharusnya disia-siakan kerana Dharsini merupakan pelajar cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.40 dalam pengajian di politeknik dan bercita-cita bekerja dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, beliau segera menyantuni gadis yang kematian bapa itu di sini baru-baru ini untuk mengisi borang pendaftaran ke UTeM.

“Dia terkejut, dia kata duit nak daftar lebih RM2,000 pun dia tidak mampu bayar, apatah lagi kos-kos lain untuk pergi sambung belajar.

“Saya beritahu Dharsini dan ibunya, kos belajar saya tanggung semua (termasuklah) yuran pendaftaran dan kos perjalanan untuk pergi ke sana. Nak laptop, saya bayar,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Tambah beliau, kehidupan Dharsini bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila ibunya yang merupakan OKU penglihatan terlibat kemalangan beberapa tahun lalu dan patah kaki.

“Dharsini beritahu saya, dia baru terima tawaran kerja separuh masa di sebuah pasar mini dan kalau rajin bekerja, bolehlah dapat RM1,500 sebulan.

“Duit itu boleh (digunakan untuk) jaga ibu dan sedikit-sedikit dia akan menabung untuk pergi belajar jika keadaan lebih baik nanti,” katanya lagi.

Steven berkata, beliau berasa terharu dan kagum terhadap kecekalan hati Dharsini yang ketika anak muda lain sedang mengejar cita-cita, dia sanggup melupakan impian sendiri demi ibu tersayang.

“Ibunya kata, hidupnya sudah tidak lama dan dia merayu kalau dia mati, minta saya jaga Dharsini. Berkecai hati saya mendengarnya.

“Saya beritahu ibu, dia harus cekal. Dharsini anak yang baik. Dharsini akan masuk universiti dan selepas ini bekerja sebagai jurutera perisian untuk jaga ibu.

“Anak angkat Steven makin lama makin ramai. Mereka mungkin berbeda agama dan warna kulit, tetapi inilah keindahan Malaysiaku,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan