Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman hari ini. Foto TVS

Kedudukan Sarawak tidak boleh direndahkan kepada status bukan rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia

SRI AMAN, 16 Sept: Sarawak tidak ‘menumpang kasih’ kerana memainkan peranan bersama wilayah lain untuk menubuhkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat serta mempunyai perlembagaan sendiri, tegas Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, wilayah ini juga memiliki sistem politik dan pentadbirannya sendiri termasuk soal persempadanan dan kependudukan yang jelas.

Justeru itu kata Abang Johari kedudukan Sarawak tidak boleh diperkecil atau direndahkan statusnya kepada status bukan rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia.

“Ini kerana itulah semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah diperjuangkan oleh para pemimpin kita dahulu ketika mereka berunding dengan tokoh-tokoh kemerdekaan yang lain dan pihak British,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapannya yang dibaca Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman di sini hari ini.

Sarawak rancang bina kilang penapis minyak bio

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Mengulas lanjut perkara itu, Abang Johari menjelaskan bahawa pendirian ini bukan bermaksud untuk mencabar Persekutuan Malaysia.

“Permintaan Sarawak ini berdasarkan MA63 yang bertujuan untuk memperbetulkan dan menuntut hak serta keistimewaan Sarawak yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian MA63,” jelasnya.

Tambahnya, hubungan kerja yang melibatkan Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan perlu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan MA63. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan