Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi menghadiri sambutan Maulidur Rasul 2024 di Masjid Al-Muflihin pada Isnin. Foto TVS

Hayati ajaran Nabi Muhammad SAW dalam mengekalkan perpaduan

SEBUYAU, 16 Sept: Umat Islam di Sarawak perlu menghayati ajaran Nabi Muhammad SAW terutama dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, setiap umat Islam hendaklah menjadi contoh kepada penganut agama lain di wilayah ini selain mengeratkan silaturahim dan sentiasa bekerjasama.

“Kita mempunyai tanggungjawab untuk memperkukuh dan memperkuatkan peranan kita sebagai penyumbang kepada perpaduan serta keharmonian kaum pada masa akan datang.

“Kita juga mahu generasi muda terutama dalam kalangan umat Islam agar faham dan meneruskan legasi keharmonian serta perpaduan yang diwarisi daripada generasi terdahulu.

“Selain itu, kita perlu menghayati ajaran dan perjuangan Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sambutan Maulidur Rasul 2024 di Masjid Al-Muflihin Sebuyau hari ini.

Lebih 1,500 orang menyertai sambutan tersebut selain turut terlibat dengan perarakan sejauh tiga kilometer.

Sambutan turut diserikan dengan pertandingan hafazan, sepanduk dan kontinjen terbaik.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan