Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandangan dari udara ini menunjukkan rumah terendam di Maiduguri pada 10 September 2024. Air banjir dari empangan yang melimpah telah memusnahkan berpuluh-puluh rumah di Maiduguri, ibu negeri Borno di timur laut Nigeria. Foto AFP

Hampir 300 banduan larikan diri dari penjara Nigeria selepas banjir

ByBernama

LAGOS, 16 Sept: Di Nigeria, 281 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di bandar timur laut Maiduguri, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Banduan berjaya melarikan diri selepas tembok penjara runtuh akibat banjir, kata jurucakap penjara Umar Abubakar pada Ahad.

Banduan yang melarikan diri termasuk anggota militia Islam Boko Haram.

Maiduguri ialah ibu negeri Borno, yang Boko Haram didakwa melakukan serangan ke atas orang awam dan tentera sejak 2009.

Selasa lepas, hujan lebat menyebabkan empangan pecah, membanjiri sebahagian besar bandar.

Seluruh wilayah Sahel di utara Afrika, di mana Nigeria terletak, kini terjejas oleh banjir selepas hujan lebat.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kira-kira setengah juta orang di rantau itu kehilangan tempat tinggal dan lebih 300,000 rumah musnah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan