Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Generasi celik sejarah penubuhan Malaysia, pupuk semangat kenegaraan

BySteward Dawi

SRI AMAN, 16 Sept: Pemahaman tentang penubuhan Malaysia sangat penting bagi melahirkan generasi celik sejarah sekali gus memupuk semangat kenegaraan yang tinggi.

Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, perkara itu juga akan membentuk identiti jati diri yang kental dalam kalangan anak-anak Malaysia.

Detik bersejarah pembentukan Malaysia

“Kita semua perlu berasa bangga apabila memanggil diri kita sebagai warga Malaysia dan tidak bermakna kita akan hilang identiti kenegerian kita.

“Ini sebenarnya mencerminkan kita sebagai penduduk Sarawak untuk berkongsi aspirasi, harapan dan impian bersama negeri-negeri lain di Malaysia sebagai sebuah negara bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman hari ini.

Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Sementara itu Roland Sagah yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak menjelaskan, sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia amat penting dihayati semua rakyat supaya mereka akan lebih menghargai jasa, pengorbanan dan iltizam kepimpinan generasi terdahulu yang telah mencurahkan bakti demi memperjuangkan penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk membentuk negara Malaysia.

“Dengan ini, kita dapat bergerak dengan satu suara, satu tekad dalam usaha mengecapi kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan sosial bersama-sama,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan