Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkhidmatan Rahsia bertanggungjawab melindungi ahli politik berpangkat tinggi di AS, termasuk presiden semasa dan bekas presiden. Foto: Envato

FBI siasat “cubaan bunuh” selepas insiden tembakan berhampiran Trump

ByBernama

WASHINGTON, 16 Sept: Insiden tembakan berhampiran bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad sedang disiasat sebagai “yang kelihatan seperti cubaan bunuh,” kata Biro Siasatan Persekutuan (FBI), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pasukan kempen Trump berkata calon presiden Republikan itu selamat selepas tembakan dilepaskan “berhampiran beliau” di Florida.

Jurucakap Perkhidmatan Rahsia AS juga mengesahkan bahawa Trump selamat selepas tembakan dilepaskan di padang golf miliknya.

“Seorang suspek telah ditahan oleh polis tempatan, yang menemukan sepucuk raifal AK-47 dengan teleskopik dan kamera di dalam semak di tempat kejadian,” kata sherif Palm Beach County, Ric Bradshaw, dalam satu sidang akhbar.

Insiden ini berlaku selepas Trump ditembak dalam satu cubaan bunuh di satu perhimpunan kempen pada Julai.

Terdahulu, dpa melaporkan bahawa jurucakap Perkhidmatan Rahsia AS mengesahkan bahawa calon presiden AS, Donald Trump, berada dalam keadaan selamat selepas laporan tembakan dilepaskan.

“Perkhidmatan Rahsia, bersama-sama dengan Pejabat Sherif Palm Beach County, sedang menyiasat satu insiden perlindungan yang melibatkan bekas Presiden Donald Trump yang berlaku sejurus sebelum 2 petang,” kata jurucakap Anthony Guglielmi di platform X.

Perkhidmatan Rahsia bertanggungjawab melindungi ahli politik berpangkat tinggi di AS, termasuk presiden semasa dan bekas presiden. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan