Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Khaira Shaqueena, 6, dinobatkan sebagai johan Pertandingan Fesyen Kanak-Kanak, anjuran Jabatan Hutan Sarawak, di sini, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Busana kreatif guna bahan semula jadi tambat hati juri

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 16 Sept: Busana yang digayakan seorang kanak – kanak yang dihasilkan menggunakan bahan daripada pokok hutan berjaya menambat hati juri pada Pertandingan Fesyen Kanak-Kanak, anjuran Jabatan Hutan Sarawak.

Nur Khaira Shaqueena, 6, yang dinobatkan sebagai johan pertandingan itu menggunakan seratus peratus bahan semula jadi seperti dedaun dan flora.

Ibunya, Jadiah Mon berkata, dia berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang bersama-sama membantu menyiapkan busana tersebut.

Menurut Jadiah,  datuk Nur Khaira, Mon Chek merupakan penyumbang utama idea rekaan busana itu.

“(Busana ini) langsung tidak melibatkan kos kerana 100 peratus menggunakan bahan daripada pokok yang diambil di hutan berdekatan rumah sahaja,” katanya ketika ditemui TVS, hari ini.

Tambah Judiah, dia amat menggalakkan anaknya untuk menyertai pertandingan sedemikian bagi menambah keyakinan diri.

“Ia adalah untuk mengembangkan lagi pengetahuan mengenai bidang berkaitan pertunjukan fesyen dan berharap agar anak saya menjadi lebih berani dalam menampilkan diri di hadapan khalayak ramai,” ujarnya.

Sementara itu ketua juri, Abdul Gani Muhammad berkata, semua peserta berjaya memenuhi tema ditetapkan iaitu hanya menggunakan bahan daripada pokok-pokok hutan.

“Objektif pertandingan ini adalah untuk menyedarkan kanak-kanak bahawa terdapatnya elemen-elemen hutan dalam pertunjukan fesyen tersebut.

“Tujuan kita menganjurkan pertandingan ini juga adalah untuk menyedarkan masyarakat mengenai betapa pentingnya penggunaan bahan-bahan semula jadi daripada hutan di dalam kehidupan seharian kita,” jelasnya.

Pertandingan Fesyen Kanak-Kanak itu menampilkan penyertaan seramai 14 orang peserta kanak-kanak dengan hanya satu kategori dipertandingkan, iaitu kanak-kanak enam tahun ke bawah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan