Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Seri Paduka Baginda turut mendoakan Malaysia terus dilindungi, diberkati dan dikurniakan kemakmuran yang berkekalan.

“Toleransi dan hormat-menghormati sesama kita tanpa mengira agama dan bangsa menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.

“Saya sentiasa menekankan bahawa perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat berbilang kaum adalah hadiah paling bermakna buat saya,” titah Sultan Ibrahim.

Hari Malaysia yang disambut 16 Sept setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaaan akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah, malam ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan