Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari menerima cenderamata daripada Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak Dato Richard Wee. Foto TVS

Abang Johari meriahkan malam terakhir Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan

KUCHING, 16 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri majlis persembahan kebudayaan besar-besaran dan penutupan Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan ke-39 malam tadi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin.

Dimulakan dengan persembahan nyanyian, festival turut menampilkan persembahan seperti tarian dan gendang.

Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan ke-39 anjuran Persekutuan Persatuan Cina Sarawak berlangsung dari 22 Jun hingga 15 September.

Beberapa aktiviti turut menyerikan festival tersebut seperti larian obor, persembahan kebudayaan, food street dan pertandingan seni.

Festivak tersebut merupakan platform terbaik mempromosi budaya tradisional Cina dan membina masyarakat harmoni.

Pada tahun depan, festival tersebut akan diadakan di Johor.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan