Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 282 penduduk daripada 74 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas 44 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Penangah di sini, malam tadi.

282 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Tongod

ByBernama

TONGOD, 16 Sept: Sebanyak 282 penduduk daripada 74 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas 44 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Penangah di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.24 malam.

Sepasukan anggota bersama dua jentera digerakkan dan tiba di lokasi kejadian yang terletak di pedalaman pada 11.30 malam.

“Sebanyak 13 anggota terdiri daripada sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dan empat dari BBP Beluran digerakkan ke lokasi kejadian.

“Rumah terlibat terbakar 100 peratus. Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air terbuka. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” menurut kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, api berjaya dikawal pada 2.30 pagi, dan operasi ditamatkan 7.10 pagi ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan