Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bas ekspres membawa 34 penumpang remuk selepas melanggar pembahagi jalan di Kilometer 273.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini tengah malam tadi. Foto IPD Ipoh

23 penumpang cedera, bas remuk langgar pembahagi jalan

IPOH, 16 Sept: Seramai 23 daripada 34 penumpang mengalami kecederaan selepas bas ekspres dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 273.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, seramai 19 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan selain empat lagi parah, manakala bahagian hadapan bas turut remuk.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kemalangan berlaku apabila bas dipandu lelaki berusia 56 tahun di lorong kiri telah hilang kawalan dan terbabas sendiri sehingga melanggar pembahagi jalan.

Katanya, bas itu sedang dalam perjalanan dari Terminal Sungai Nibong, Pulau Pinang menuju ke Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur.

“Kemalangan menyebabkan empat penumpang dewasa cedera parah selain 16 penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak cedera ringan.

“Pemandu bas bersama 11 yang lain bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat atau tidak bertimbang rasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan