Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petinju Sarawak Clarkson Evans Tom Frankie. Foto TVS

Tom idam pingat emas kedua SUKMA

ByAdlina Rahman

KUCHING, 15 Sept: Petinju muda Sarawak, Clarkson Evans Tom Frankie atau lebih mesra dipanggil Tom berhasrat untuk sekali lagi menyumbang pingat emas kepada Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Beliau berkata, kejayaan meraih pingat emas pada SUKMA XXI memang tidak dijangka kerana ia merupakan aksi sulungnya.

“Saya berbangga dapat membawa nama Sarawak dan membanggakan ibu bapa saya.

“Selepas SUKMA XXI, saya mendapat peluang untuk menyertai temasya seterusnya. Sekarang ini saya mula berlatih sebagai persediaan menghadapi SUKMA seterusnya,” kata Tom pada Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sarawak SUKMA 2024 pada Sabtu.

Tom yang terkenal dengan jolokan budak nakal merupakan bekas pelatih Sekolah Henry Gurney.

Petinju berusia 19 tahun dari Kota Samarahan itu menewaskan wakil Kedah, R. Thanasekaran dalam aksi final di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman.

Tom merupakan antara atlet Sarawak yang menerima insentif RM15,000 daripada Kerajaan Sarawak selepas memenangi pingat emas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan