Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Kembara KASIH KPWKM di Tebingan Kuching hari ini. Foto TVS

Tangani isu gelandangan secara holistik

ByFebbright James

KUCHING, 15 Sept: Kerajaan Sarawak komited menyelesaikan isu gelandangan di kawasan bandar, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan pihak berkaitan di peringkat negeri untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi menangani isu tersebut.

Tambahnya, bantuan dan sokongan seperti sesi kaunseling kepada golongan berkenaan perlu dipertingkatkan selain memastikan kebajikan mereka terjaga.

“Kita akan bantu gelandangan dengan membangunkan pusat untuk mereka mendapatkan bantuan. Kita perlu pastikan mereka tidak tidur di jalan raya.

“Mereka ini berjalan-jalan dan tidur di Tebingan Kuching, jadi orang ingat kita tidak menyediakan rumah.

“Oleh itu, aspek psikologi penting dan kementerian harus memperbanyakkan kaunseling untuk mengurangkan isu gelandangan ini. Kita di Sarawak akan memberi peruntukan dan sokongan sosial dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Kembara KASIH KPWKM di Tebingan Kuching hari ini.

Tambahnya, kebanyakan gelandangan mempunyai anak yang mahu membantu namun mereka sendiri menolak.

Sehubungan itu, beliau menyeru pihak berkaitan giat menjalankan kaunseling untuk membantu dari segi psikologi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan