Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama atlet cemerlang di Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sarawak Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di sebuah hotel di Kuching, malam tadi. Foto TVS

Sukan SEA 2027 berupaya promosi Sarawak di mata dunia – Abang Johari

KUCHING, 15 Sept: Pemilihan Sarawak sebagai hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027 berupaya mengangkat wilayah ini di mata dunia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, untuk tujuan itu, Sarawak sanggup menanggung kos penganjurannya yang tinggi dan bakal menaja sebanyak 50 peratus penganjurannya.

“(Sarawak) perlu bersedia untuk 2027 kerana acara itu (Sukan SEA) akan datang ke Sarawak. Maklumlah kita menaja lebih 50 peratus. Kos bagi penganjuran temasya itu adalah tinggi namun demi pembangunan anak muda, terutama sekali anak muda Sarawak, Kerajaan Sarawak sanggup menjadi hos bersama Sukan SEA 2027.

“Apabila ini berlaku, negara yang akan datang (menyertai Sukan SEA) akan tahu mengenai Sarawak serta status kita,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sarawak Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan menyatakan Malaysia bersetuju menerima tawaran Anggota Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 dengan Sarawak terpilih untuk menjadi penganjur bersama.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata, melalui penganjuran temasya terbesar di Asia Tenggara ini, mampu dijadikan platform untuk membangunkan lagi bakat anak Sarawak dalam sukan selain meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan atlet tempatan.

“Sarawak mempunyai atlet berbakat yang perlu didedahkan (kepada negara luar). Mereka perlu bersaing ke peringkat tinggi untuk meraih gelaran johan dunia,” jelasnya.

Untuk rekod, sebanyak RM1.83 juta telah dibelanjakan untuk pemberian insentif itu kepada kontinjen Sarawak yang berjaya meraih pingat emas pada SUKMA 2024 yang dianjurkan baru-baru ini.

Sarawak telah merangkul gelaran juara bagi SUKMA ke-21 2024 dengan meraih 76 pingat emas, 55 pingat perak dan 70 pingat gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan