Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari merasmikan melancarakan Kembara KASIH KPWKM dan Pusat Sokongan Sosial (PSSS). Foto TVS

Sokong usaha PSSS dalam membantu masyarakat

ByFebbright James

KUCHING, 15 Sept: Kerajaan Sarawak menyokong usaha Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) melalui dasar kerajaan untuk membantu penduduk setempat terutama di luar bandar.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan PSSS merupakan langkah tepat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam memastikan taraf hidup masyarakat terutama di kawasan perkampungan dapat ditingkatkan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha KPWKM untuk PSSS. Ini dapat menyediakan aktiviti khusus di tempat berkaitan terutama kawasan kampung.

“Selepas melihat PSSS, saya akan menyokong dengan dasar Kerajaan Sarawak sebab kita sedia maklum penduduk setempat ada yang tidak tahu yang mana Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak, Kita akan selarikan dasar di peringkat Sarawak dan pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) di Tebingan Kuching hari ini.

Abang Johari menjelaskan, antara dasar Kerajaan Sarawak dalam menjaga kebajikan rakyat termasuk memberikan RM1,000 kepada anak baru lahir dan RM450 untuk ibu bersalin bagi tempoh tiga bulan bagi tujuan membeli keperluan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika ditemui TVS menyifatkan kewujudan PSSS sangat unik dan berupaya memberi peluang kepada orang ramai bertemu kaunselor serta pakar bagi menilai tahap kesihatan mental masing-masing.

“Seperti yang saya nyatakan, terdapat seorang wanita yang mengalami depresi sehingga mahu membunuh diri namun selepas berjumpa dan bercakap dengan kaunselor kita, dia menjadi lebih reda.

“Kita mempunyai kaunselor berkemahiran, berkelulusan, profesional dan boleh menangani masalah mereka yang datang di samping memastikan setiap perbincangan adalah rahsia,” ujarnya.

PSSS merupakan pusat rujukan khusus yang disediakan untuk kumpulan sasar KPWKM seperti wanita, kanak-kanak, keluarga, warga emas dan OKU mendapatkan perkhidmatan sosial holistik di satu tempat.

Pusat tersebut menyediakan perkhidmatan bantuan psikososial holistik dengan sesi bimbingan dan kaunseling, sokongan emosi, mengurangkan tekanan melampau dan menjadi pusat penerimaan aduan dan intervensi awal sebelum dirujuk kepada jabatan atau agensi kerajaan berkaitan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan