Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin semasa sesi bergambar. Foto: TVS

Semarakkan semangat keluarga Sarawak menerusi makanan

MIRI, 15 Sept: Makanan masyarakat pelbagai kaum terutama semasa perayaan mampu mengukuhkan semangat muhibah dan persefahaman antara satu sama lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ini kerana gaya hidup di Sarawak tidak mengasingkan antara satu sama lain termasuk dalam aspek pemakanan.

Malah menurutnya, ia sekali gus menyemai semangat sebagai satu keluarga besar iaitu keluarga Sarawak.

“Dari segi makanan misalnya, hari ini kaum lain pandai membuat mi kolok walaupun ia makanan masyarakat Cina. Ramai orang juga pandai buat pau dan sebagainya.

“Jadi kita boleh melihat rakyat Sarawak tidak mengasingkan satu sama lain tetapi mempunyai semangat kekeluargaan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui semasa program membuat kuih bulan di Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin hari ini.

Program tersebut menyaksikan ahli wanita SUPP Senadin yang terdiri daripada pelbagai kaum belajar membuat kuih bulan.

Sementara itu, Ketua Wanita SUPP Senadin, Yap Siew Jin menjelaskan, festival kuih bulan penting untuk berkumpul bersama-sama keluarga dan rakan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan