Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap di Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sarawak SUKMA 2024 malam tadi. Foto TVS

Sarawak mampu jadi ‘kuasa sukan’ – Abdul Karim

ByAdlina Rahman

KUCHING, 15 Sept: Impian Sarawak bergelar sebagai ‘kuasa sukan’ diterjemahkan melalui pencapaian cemerlang dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang dianjurkan baru-baru ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kejayaan Sarawak merangkul gelaran juara keseluruhan SUKMA 2024 disusuli pencapaian jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin di Paralimpik Paris 2024 baru-baru ini membuktikan atlet Sarawak bukan sahaja mampu bersaing di peringkat nasional tetapi juga peringkat dunia.

“Baru-baru ini Bonnie telah mengharumkan nama Malaysia dan juga Sarawak dengan memenangi powerlifting di Paralimpik Paris 2024. (Bonnie) memecahkan rekod dunia iaitu rekodnya sendiri. Dari situ anda boleh melihat bahawa sukan merupakan sesuatu yang boleh menyumbang kepada pelbagai perkara.

“Apa yang saya katakan adalah SUKMA kali ini adalah ‘spin off’ yang sangat baik sehingga ada yang memaklumkan kepada saya untuk menganjurkan acara sukan-sukan seumpama ini dengan kerap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sarawak Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Sebanyak RM1.83 juta telah dibelanjakan untuk pemberian insentif itu kepada kontinjen Sarawak yang berjaya meraih pingat emas pada SUKMA 2024 yang dianjurkan baru-baru ini.

Dalam ucapan sama, Abdul Karim turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua kontinjen Sarawak atas pencapaian mereka di temasya itu kali ini.

“Anda adalah pahlawan kami yang telah mengharumkan nama Sarawak dan mengangkat sukan ke persada lebih tinggi,” katanya.

Untuk rekod Sarawak telah merangkul gelaran juara bagi SUKMA ke-21 2024 dengan meraih 76 pingat emas, 55 pingat perak dan 70 pingat gangsa.

Ia diikuti oleh Wilayah Persekutuan yang meraih 75 pingat emas dan seterusnya Selangor yang mengumpul sebanyak 56 pingat emas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan