Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Sarawak berjaya merampas 143 pokok dan 1.7 kilogram (kg) dadah jenis ganja di Miri pada Jumaat lalu. Foto TVS

Polis rampas ganja bernilai RM3.6 juta

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 15 Sept: Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan dan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri merampas dadah jenis ganja seberat 1.7 kilogram (kg) bernilai RM3.6 juta.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, operasi tersebut menyaksikan dua lelaki tempatan turut ditangkap.

“Kedua-dua lelaki tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati positif dadah Tetra Hydro Cannabinol (THC).

“Jumlah keseluruhan dadah dirampas boleh digunakan oleh 32,084 penagih,” katanya.

Operasi tersebut turut menyaksikan sebuah kereta dan sebuah motosikal yang masing-masing bernilai RM20,000 serta RM4,500 disita.

Berdasarkan maklumat, suspek membeli benih pokok ganja dari luar negara secara dalam talian dan penghantaran dibuat melalui perkhidmatan kurier.

Sepeket benih ganja dianggarkan berharga USD$100 manakala ganja yang dihasilkan daripada pokok tersebut dijual di sekitar Miri dengan harga RM100 bagi setiap 100 gram (g).

Kesalahan menanam dan memiliki pokok ganja memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang enam sebatan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi kesalahan mengedar dadah ganja, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 diperuntukkan dengan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan