Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 16 pasukan menyertai Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS bagi kategori umur bawah 10 tahun. Foto: TVS

Platform pembangunan bola sepak Sarawak

KUCHING, 15 Sept: Pengarah Teknikal Kuching City FC Wan Jamak Wan Hassan menyifatkan Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) sebagai platform terbaik membangunkan bakat muda di Sarawak.

Beliau berkata, kejohanan seperti itu memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak berkaitan liga sekali gus melatih mereka lebih yakin ketika bermain.

Menurutnya, ia turut berperanan mencari bakat baharu yang boleh diserapkan ke pasukan atau kelab bola sepak.

“Saya rasa ini adalah platform terbaik untuk pembangunan bola sepak Sarawak. Ini kerana kejohanan ini mencungkil bakat baharu untuk dikumpul bersama-sama jurulatih berkelayakan.

 

Pengarah Teknikal Kuching FC, Wanjamak Wanhasssan bercakap semasa ditemui pemberita semasa Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS di Kuching pada Ahad. Foto:TVS

“Jadi, kita mahu yang terbaik itu keluar daripada kumpulan tersebut dan dilatih,” katanya kepada pemberita semasa Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup Petronas di Kuching pada Ahad.

Sebanyak 16 pasukan menyertai kejohanan tersebut bagi ketegori umur bawah 10 tahun yang menggunakan format liga dua kumpulan bagi mencari empat pasukan terbaik ke separuh akhir.

Perlawanan separuh akhir melibatkan semua kategori bakal berlangsung pada 10 November dan final pula pada 16 November. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found