Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyempurnakan Penangguhan Regata Tandang Sari 2024. Foto TVS

Penolakan draf MoU ahli Parlimen pembangkang akan dibincang

BETONG, 15 Sept: Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan akan membincangkan mengenai keputusan penolakan ahli Parlimen pembangkang terhadap draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dikemukan kepada mereka sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bagaimanapun berkata, jawatankuasa yang diketuainya itu masih belum menerima sebarang pemakluman rasmi daripada ahli Parlimen pembangkang mengenai penolakan itu.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui mengenai perkara tersebut melalui media namun tetap menghormati pendirian ahli Parlimen pembangkang.

“Saya masih menunggu pemakluman rasmi daripada mereka (ahli Parlimen pembangkang) dan apabila sudah ada, saya akan bawa kepada Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan, seterusnya kita akan bincang mengenainya.

“Ketika ini kita masih tidak tahu sama ada mereka masih mahu berbincang atau keputusan itu adalah muktamad. Saya tidak pasti kerana apa yang dinyatakan mereka tidak bersetuju dengan segala syarat maka saya tidak tahu pendirian sama ada masih mahu berunding atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menangguhkan Regata Tandang Sari 2024 di Betong hari ini.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berharap ahli Parlimen terbabit kembali menyatakan pendirian atau cadangan balas mengenai perkara tidak dipersetujui.

Tambahnya, sebarang keputusan yang bakal diambil Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan akan dilakukan selepas menilai alasan penolakan rasmi daripada Perikatan Nasional (PN) kepada jawatankuasa berkenaan.

“Apa pun saya akan maklumkan kepada jawatankuasa sebagai panduan sama ada kita akan menilai setiap pandangan mereka sama ada hendak kekal dan saya serahkan kepada keputusan jawatankuasa,” ujarnya.

PN hari ini mengesahkan ketetapan sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan menolak dua draf cadangan MoU melibatkan kerajaan dengan PN dan antara kerajaan dengan semua ahli Parlimen PN itu dibuat atas empat sebab fundamental.

Menurutnya, cadangan MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral dan agama selain boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan