Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Republik Demokratik Congo (DRC), "pusat" wabak mpox yang sedang melanda Afrika akan melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinannya pada 2 Oktober, umum kerajaan lewat Jumaat, lapor Xinhua. Foto AFP

Pemvaksinan mpox di Republik Demokratik Congo bermula 2 Okt

ByBernama

KINSHASA, 15 Sept: Republik Demokratik Congo (DRC), “pusat” wabak mpox yang sedang melanda Afrika akan melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinannya pada 2 Oktober, umum kerajaan lewat Jumaat, lapor Xinhua.

Usaha pemvaksinan  yang akan berlangsung hingga 11 Oktober itu menyusul berikutan penerimaan lebih 265,000 dos vaksin daripada rakan antarabangsa, menurut minit mesyuarat mingguan majlis menteri.

“Proses perolehan 3,000 dos vaksin untuk kanak-kanak sedang berjalan dengan lancar,” kata minit itu.

Laporan yang dikeluarkan Jumaat oleh Kementerian Kesihatan Congo mendedahkan bahawa DRC, yang dianggap sebagai “pusat” wabak mpox semasa, telah melaporkan 21,813 kes yang disyaki, termasuk 716 kematian sejak awal 2024, merangkumi kira-kira 90 peratus daripada kes di Afrika.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan kelulusan vaksin MVA-BN, yang dibangunkan oleh Bavarian Nordic A/S, sebagai vaksin mpox pertama yang ditambah ke dalam senarai prakelayakannya.

Wabak mpox yang sedang melanda Afrika telah diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa oleh WHO pada pertengahan Ogos, dengan kemunculan varian clade 1b yang kurang difahami tetapi lebih berbahaya, yang pertama kali dikesan di DRC pada September 2023. Varian ini sejak itu telah dilaporkan dikesan di negara-negara termasuk Sweden dan Thailand. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan