Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kembara KASIH KPWKM dan Majlis Perasmian Pusat Sokongan Sosial Setempat di Tebingan Kuching hari ini. Foto TVS

Latih anak tempatan mahir bidang aeroangkasa – Abang Johari

ByFebbright James

KUCHING, 15 Sept: Sarawak mesti bersedia awal dengan melatih anak tempatan mahir dalam industri aeroangkasa yang disifatkan sangat canggih dan menyeluruh, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, perkara ini mesti diambil perhatian berikutan Sarawak telah dikenal pasti sebagai tapak pelancaran satelit baharu di Malaysia yang berkemungkinan terletak di Lundu, Sematan kerana lokasinya lebih dekat dengan khatulistiwa.

“Kita bekerjasama dengan Aeroangkasa Malaysia dari sudut tenaga kerja kerana industri ini sangat menyeluruh. Pertama sekali, kerana ia melibatkan satelit. Kedua semikonduktor sebab ada cip termasuk cip bionik. Ketiga komponen untuk satelit dan menjurus kepada kapal terbang.

“Kita telah melantik ICATS dan Swiburne untuk bekerjasama dalam jurusan baharu iaitu Bachelor of Aerospace Engineering. Seperti yang saya sebutkan kita mesti bersedia awal untuk melatih anak kita dalam industri baharu ini yang agak canggih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas acara Pelancaran Kembara KASIH KPWKM di Tebingan Kuching hari ini.

Sebelum ini, Abang Johari menegaskan dalam pada Sarawak siap sedia bergerak ke arah industri baharu itu, penting bagi rakyat Sarawak untuk mempunyai pemahaman asas tentang industri aeroangkasa.

Beliau memaklumkan Fakulti Aeroangkasa bakal ditubuhkan di Kolej Universiti ICATS untuk membangunkan bakat tempatan bagi industri berkenaan.

Terdahulu, Kerajaan Persekutuan telah memilih Sarawak kerana lokasinya yang berada di tengah garisan ekuator dan bermakna Sarawak akan lancarkan satelit.

Katanya, keputusan itu atas persetujuan bersama dalam mesyuarat mengenai pembangunan fizikal Malaysia yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadiri beliau beberapa bulan yang lepas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan