Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perenang Sarawak, Kelly Yao Teo ketika ditemui TVS.

Kelly Yao Teo penerima insentif terbanyak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 15 Sept: Perenang Sarawak Kelly Yao Teo muncul sebagai penerima insentif terbanyak dengan RM101,000 selepas menampilkan prestasi cemerlang pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

Kelly yang berusia 18 tahun meraih enam emas, satu perak dan dua gangsa.

“Pada mulanya sasaran saya hanya empat emas tetapi saya berjaya meraih enam emas. Saya memang tidak menjangkakan kejayaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS pada Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sarawak SUKMA XXI 2024 malam semalam.

Menurutnya, ketika ini beliau fokus kepada persediaan untuk menghadapi Sukan SEA akan datang.

“Saya meletakkan sasaran membawa pulang pingat di Sukan SEA tahun depan. Saya ketika ini sudah memulakan latihan,” ujarnya.

Sukan SEA 2025 di Thailand dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025.

Selain Kelly, atlet lain yang turut menerima insentif terbanyak termasuk Jonah Chang Rigan dengan RM46,000, Stephanie Ngu Chai Ern (RM45,000), Nur Hazirah Ramli (RM36,000) dan Dayang Nursyarzyra Awang Nasaruddin (RM35,000).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan