Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jonah Chang Rigan ketika ditemui TVS di Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sarawak Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di sebuah hotel di Kuching, malam tadi. Foto TVS

Jonah mahu guna wang insentif SUKMA sambung pengajian di universiti, fokus Sukan SEA

ByAdlina Rahman

KUCHING, 15 Sept: Jonah Chang Rigan yang menunjukkan prestasi luar biasa dalam acara olahraga temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 baru-baru ini selepas berjaya meraih tiga pingat emas serta berjaya memecah rekod kebangsaan dengan catatan 17.67 meter dalam sukan lontar peluru berhasrat menggunakan insentif dari Kerajaan Sarawak untuk menyambung pengajian di universiti.

Jonah merupakan antara lima atlet Sarawak yang menerima insentif terbanyak dan menerima keseluruhan RM46,000 (tiga pingat emas dan pecah rekod kejohanan).

Empat atlet lain ialah renang, Kelly Yao Teo yang menerima RM96,000 (6 pingat emas, satu pingat perak dan dua gangsa), atlet wushu Stephanie Ngu Chai Ern yang meraih 3 emas (RM45,000), atlet tenpin boling  Nur Hazirah Ramli yang menerima RM36,000 (4 pingat emas dan satu pingat gangsa) dan atlet terjun Dayang Nusyarzyra Awang Nasaruddin yang memperoleh RM35,000 (3 pingat emas, satu pingat perak).

Kerajaan Sarawak menjanjikan RM15,000 kepada atlet Sarawak yang meraih pingat emas dalam temasya itu.

Jonah yang kini berumur 21 tahun menyatakan, dia berasa amat bersyukur kerana insentif yang diperoleh akan dimanfaatkan untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

“Saya akan menggunakan insentif ini untuk sambung belajar di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Pengurusan Sukan.

“Selepas ini (SUKMA) adalah Sukan SEA. Saya berharap untuk memperoleh pingat dalam Sukan SEA di Thailand tahun hadapan,” katanya ketika ditemui TVS selepas Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sarawak SUKMA 2024 malam tadi.

Ditanya mengenai pemilihan Sarawak sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027, Jonah menyatakan ia adalah platform yang baik untuk atlet Sarawak mendedahkan bakat mereka di mata dunia.

“Ramai (atlet Sarawak) yang berpotensi di luar tetapi tidak mendedahkan diri mereka. Sekarang ini banyak yang menggunakan media sosial jadi mereka boleh mendedahkan diri mereka melaluinya. Kita tidak tahu, mungkin pihak seperti Majlis Sukan Negara (MSN) melihatnya,” ujar Jonah.

SUKMA 2024 menyaksikan kali terakhir atlet kelahiran Sarikei, Sarawak itu beraksi dalam temasya itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan