Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua suspek lelaki berjaya diberkas pihak polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas melakukan rompakan di sebuah kedai serbaneka di bandar Bintulu Jumaat lalu. Foto IPD Bintulu

Dua suspek diberkas kurang 24 jam selepas rompak kedai serbaneka di Bintulu

BINTULU, 15 Sept: Dua suspek lelaki berjaya diberkas pihak polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas melakukan rompakan di sebuah kedai serbaneka di bandar ini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, dalam kejadian jam 2.25 pagi itu telah berlaku kejadian rompak terhadap seorang pekerja premis berkenaan.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa hanya seorang diri telah didatangi dua lelaki bertopi keledar sebelum salah seorang suspek mengacukan pisau mengakibatkan berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sehingga mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian tangan.

“Dalam kejadian tersebut, suspek hanya sempat mengambil seunit telefon bimbit milik mangsa dan tidak berjaya mengambil wang tunai.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu telah melancarkan Operasi Khas untuk mengesan dan menjejaki suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kira-kira jam 2.30 petang dua orang suspek berjaya ditangkap dalam tempoh kurang daripada 24 jam dari laporan polis dibuat.

“Dalam serbuan tersebut turut ditahan seorang lelaki tempatan dipercayai rakan kepada suspek. Hasil soal siasat, pihak polis berjaya merampas seunit telefon bimbit milik mangsa, sebilah pisau, dua helai seluar jeans, dua pasang kasut, dua unit topi keledar, sehelai kemeja panjang dan sehelai t-shirt.

“Semakan ke atas rekod kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai 11 rekod pelbagai kesalahan jenayah termasuk penyalahgunaan dadah yang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Katanya, kedua suspek akan dipohon reman dan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan