Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian dadah bernilai RM370,000 yang dirampas polis pada serbuan di Bukit Mertajam dekat sini Khamis lalu. Foto IPK Pulau Pinang

Dua lelaki diberkas bersama syabu, heroin bernilai RM370,000

GEORGE TOWN, 15 Sept: Polis berjaya menumpaskan satu kegiatan pengedaran dadah selepas memberkas dua lelaki serta merampas dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM370,000 menerusi serbuan di Bukit Mertajam dekat sini, Khamis lalu.

Suspek warga tempatan berusia 40 dan 46 tahun itu ditahan menerusi operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Seberang Perai Tengah ke atas sebuah rumah kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, hasil serbuan itu, pihaknya merampas enam tin tertera tulisan Royal British Butter Cookies yang mengandungi tujuh plastik lutsinar disyaki syabu seberat 5.22 kilogram (kg) bernilai RM170,000.

“Serbuan seterusnya dibuat hasil pandu arah suspek ke atas sebuah rumah di kawasan sama kira-kira pukul 8.30 malam menemui enam bungkusan plastik lutsinar yang setiap satu dibalut kertas berwarna coklat berisi heroin base seberat 2.28 kg bernilai RM200,000 di ruang tamu.

“Keseluruhan rampasan dadah tersebut disyaki boleh digunakan oleh kira-kira 176,000 penagih dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati sindiket itu aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak Mac tahun ini.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu positif methamphetamine.

“Turut disita bagi siasatan lanjut, sebuah kereta jenis Nissan Teana bernilai RM45,000, rantai leher bersama loket bentuk kunci berwarna kuning bernilai RM13,320 dan wang tunai RM1,600,” katanya lagi.

Ujar Hamzah, kedua-dua suspek direman selama seminggu sehingga 19 September depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan