Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat pintu rumah panjang di Kampung Long Selulung, Apoh Baram, Marudi terbakar malam tadi. Foto JBPM

Bomba tempuh perjalanan lebih 8 jam ke lokasi kebakaran

ByTVS

MARUDI,15 Sept: Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa menempuh perjalanan lebih lapan jam untuk membantu memadamkan kebakaran empat pintu rumah panjang di Kampung Long Selulung, Apoh Baram di sini, yang merupakan salah sebuah kawasan pedalaman.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.10 malam tadi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi ke lokasi kejadian.

“Kebakaran yang berlaku jam 8.53 malam telah memusnahkan keseluruhan empat pintu rumah panjang berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa.

“Pihak bomba mengambil masa lebih lapan jam perjalanan untuk sampai ke lokasi kejadian,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan