Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan 60 pengunjung terperangkap dalam kejadian kepala air ketika beriadah di Air Terjun Gunung Ledang di sini hari ini. Foto Sosial media

Bomba selamatkan 60 mangsa terperangkap kejadian kepala air di Tangkak

ByBernama

TANGKAK, 15 Sept: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan 60 pengunjung terperangkap dalam kejadian kepala air ketika beriadah di Air Terjun Gunung Ledang di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang melibatkan kesemua pekerja kilang itu pada 12.51 tengah hari.

Beliau berkata sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dengan kekuatan sembilan anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati seramai 60 individu terkandas akibat aliran deras air dari puncak Gunung Ledang akibat hujan lebat.

“Susulan itu, PKO bertindak membawa kesemua mangsa menyeberangi sungai menggunakan tali dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.18 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan