Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga Miri mengadakan majlis kesyukuran sempena Sambutan Maulidur Rasul malam ini. Foto Pengurusan Masjid At-Taqwa Miri.

300 jemaah di Miri hadiri majlis kesyukuran Maulidur Rasul

BySalasiah Safian

MIRI, 15 Sept: Lebih 300 jemaah menghadiri majlis kesyukuran sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah dan Bahagian Miri di Masjid At-Taqwa Miri malam ini.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid At-Taqwa Miri Jumaedi Nahar.

Seterusnya majlis bacaan Yasin dan ceramah khas disampaikan oleh Muhammad Idris Mohamed Ali dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Majlis Perhimpunan Peringkat Daerah dan Bahagian Miri diadakan esok di Dewan Suara Miri.

Bagi memastikan kelancaran majlis, beberapa jalan akan ditutup.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan berkata, jalan ditutup merangkumi Bulatan Kipas/Jalan Kipas, Jalan Bintang/Jalan Merdu, Jalan Sylvia/Jalan Merdu, Jalan Post, Jalan Setia Raja, Jalan Nakhoda Gampar/Jalan South Yu Seng, simpang Jalan Merpati dan simpang Jalan Persekutuan.

Sementara itu, beberapa jalan turut dilencongkan iaitu lampu isyarat Jalan Sylvia – Pusingan U, lampu isyarat Jalan Brooke – Pusingan U dan lampu isyarat Mega – Pusingan U.

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri akan disertai 49 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan