Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian semasa disambut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn dan Pengarah UNIFOR Datuk Georgina Apphia Ngau di Dewan Suarah Sri Aman semasa Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain hari ini. Foto Steward Dawi (TVS)

UNIFOR bangunkan 778 projek, jaga kebajikan agama lain

BySteward Dawi

SRI AMAN, 14 Sept: Kerajaan Sarawak prihatin terhadap kebajikan dan pembangunan agama-agama lain selain Islam dengan menyaksikan sebanyak 778 projek termasuk rumah ibadat siap dengan peruntukan RM100.4 juta setakat ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui geran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang dipertanggungjawabkan untuk membantu kebajikan agama-agama lain di wilayah ini.

“Sehingga kini, kita telah melihat 778 projek telah siap berjumlah RM100.4 juta dan 623 lagi projek sedang dijalankan berjumlah RM148.9 juta dengan menggunakan geran UNIFOR,” kata beliau.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian semasa merasmikan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak di Sri Aman hari ini.

Tgeas Abang Johari, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited melindungi hak dan kepentingan setiap kaum dan agama mengukuhkan keharmonian Sarawak meskipun wujud kepelbagaian dalam masyarakat.

Untuk rekod, UNIFOR ditubuhkan pada 2017 untuk memastikan semua agama lain di Sarawak mendapat hak sama rata oleh kerajaan GPS di bawah pimpinan Abang Johari.

Pada setiap tahun, UNIFOR mengagihkan geran tahunan kepada setiap agama-agama lain di Sarawak iaitu Kristian, Buddha, Tao, Baha’i, Sikh dan Hindu.

Setakat Ogos 2024, Kerajaan Sarawak menerusi UNIFOR telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta kepada 120 sekolah mubaligh di seluruh Sarawak tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan