Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsul Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Kuching, Raden Sigit Witjaksono. Foto TVS

Terus kukuh hubungan Indonesia, Malaysia dalam pelbagai bidang

KUCHING, 14 Sept: Hubungan erat antara Indonesia dan Malaysia termasuk Sarawak akan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa menerusi penerokaan pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Konsul Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Di Kuching, Raden Sigit Witjaksono berharap Sarawak dan Indonesia terutama di Kalimantan Barat dapat memperluaskan potensi kerjasama erat pada masa akan datang.

“Hubungan ini akan menjadi potensi kerjasama erat antara Indonesia dan Sarawak kerana lokasinya yang berdekatan.

“Malah ia perlu disokong dengan jaringan perhubungan, sebab itu kami juga ingin mendorong dan menggalakkan kerjasama erat dalam semua bidang yang berpotensi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Pameran Hari UMKM Nasional 2024 di Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kuching pada Sabtu.

Dalam menyemarakkan semangat Hari Malaysia, beliau turut menzahirkan ucapan ulang tahun ke-61 sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Raden Sigit turut berharap kolaborasi bilateral dua negara itu dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Malah beliau turut mendedahkan pihaknya akan mengadakan lawatan ke Ibu Kota Nusantara (IKN) pada November ini sambil mempelawa agensi berkaitan untuk menyertai lawatan itu.

“Kami akan mengadakan lawatan ku Nusantara dalam masa terdekat ini, mungkin pada bulan November.

“Lawatan khas ke IKN ini, kami ingin mengajak peserta yang ingin menyertai lawatan ke pusat pentadbiran baharu Indonesia itu kelak,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan