Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TDM terus komited memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Indonesia. Foto TDM

Tentera Darat patahkan cubaan masuk empat pendatang asing

KUCHING, 14 Sept: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya mematahkan cubaan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia yang cuba memasuki negara melalui jalan tidak sah di Sektor Pos GABMA Tebedu.

Menurut TDM, tangkapan itu dibuat berdekatan lorong tikus iaitu dengan jarak sekitar 150 meter dari sempadan Indonesia.

“Hasil daripada penahanan dan pemeriksaan terhadap empat PATI dalam lingkungan umur 22 hingga 32 tahun tersebut mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai.

“Anggaran nilai keseluruhan barangan yang diperiksa bernilai RM 4,037.00 iaitu melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan kesemua PATI yang ditahan dibawa ke sempadan negara untuk proses pengusiran.

“Laporan polis dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa,” katanya.

Mengulas lanjut, TDM berkata sebanyak 24 kali pengusiran melibatkan seramai 172 PATI direkodkan bagi tahun ini.

“TDM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan