Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil semasa sesi bergambar. Foto UKAS

Rh Agnes Long Lapok Tinjar Kampung Penan pertama Kampung Angkat Pergigian

MIRI, 14 Sept: Rumah (Rh) Agnes Long Lapok Tinjar merupakan Kampung Penan yang pertama terpilih sebagai Kampung Angkat Pergigian pada hari ini.

Kampung tersebut juga kampung yang kelima telah dipilih sebagai Kampung Angkat Pergigian di Bahagian Miri, selain Rh Nora Sungai (Sg) Buri Ili Bakong Miri, Rh Micheal Salengkor Sg Brit Marudi, Rh Richard Pie Bakas Sibuti dan Kampung Long Laput Baram.

Program Kampung Angkat Pergigian ini akan dijalankan selama lima tahun bermula tahun 2024 sehingga 2029.

Pemeriksaan dan rawatan pergigian akan diberikan oleh petugas kesihatan pergigian Klinik Pergigian Jalan Merbau secara berkala setiap tahun dan dibawa secara terus ke kawasan penduduk.

Majlis Pelancaran Program Kampung Angkat Pergigian Rh. Agnes Ngarega Long Lapok Tinjar diadakan di bawah anjuran Klinik Pergigian Jalan Merbau dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Agnes Long Lapok, Tinjar

Objektif utama program ini adalah untuk memperluaskan liputan penjagaan kesihatan pergigian kepada masyarakat Penan di Bahagian Miri di samping memperkenalkan Program Kampung Angkat Pergigian dalam kalangan komuniti Penan di Long Lapok, Tinjar.

Turut menjayakan program ini ialah Klinik Kesihatan Beluru, Unit Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Miri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pertanian Sarawak, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Persatuan Pembangunan Tipun Penan Sarawak ( PETIPUN ).

Program tersebut ditasmikan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan