Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian semasa menerima cenderamata daripada Pengarah UNIFOR, Datuk Georgina Apphia Ngau semasa merasmikan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 hari ini. Foto:TVS

Pemimpin perlu tolak elemen ekstremisme, ketaksuban

BySteward Dawi

SRI AMAN, 14 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa pemimpin di peringkat negeri dan persekutuan untuk menolak serta tidak terpengaruh dengan sebarang bentuk elemen ekstremisme atau ketaksuban.

Beliau berkata, ini kerana setiap orang adalah sama di bawah undang-undang yang berlandaskan perlembagaan negara.

Menurutnya, semua pemimpin perlu berganding bahu dan berusaha membina Malaysia ke tahap lebih tinggi supaya setiap lapisan masyarakat menikmati limpahan kemajuan di negara ini.

“Berpaksikan kekuatan perpaduan yang sudah lama wujud, kita boleh menyumbang kepada pembangunan Malaysia dengan meraikan perbezaan, menyelesaikan konflik secara aman dan mengekalkan keharmonian sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian semasa merasmikan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain bersempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak di Sri Aman hari ini.

Abang Johari menjelaskan, setiap tindak-tanduk yang dilakukan mesti berpandukan Rukun Negara bagi memastikan rakyat sentiasa hidup dalam suasana aman dan harmoni.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini menyeru ketua agama lain bersama menggalas peranan dalam pembinaan negara dengan cara menyampaikan mesej perpaduan, keamanan dan toleransi kepada penganut masing-masing bagi menekankan kepentingan pluralisme,” ujarnya.

Tambahnya, beliau dan rakan di dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memperjuangkan hak Sarawak bagi memastikan anak wilayah ini terus bergerak maju dan sehaluan dengan rakyat Malaysia yang lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan