Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berucap mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 hari ini. Foto Steward Dawi (TVS)

Pembangunan Sarawak bantu kestabilan Kerajaan Persekutuan

BySteward Dawi

SRI AMAN, 14 Sept: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) optimis melonjakkan pembangunan di seluruh wilayah ini yang diyakini akan memastikan kestabilan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak merangkap Pengerusi GPS itu berkata komitmen berkenaan direalisasikan bersandarkan kepada semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi memastikan hak Sarawak dalam Persekutuan Malaysia dilindungi sepanjang masa.

“Seperti yang diketahui umum, kita (Sarawak) telah memperoleh banyak hasil pendapatan yang dijana daripada sumber minyak dan gas, selepas pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) pada 2019.

” Pendapatan Sarawak telah meningkat kepada kira-kira RM13 bilion berbanding hanya RM4 hingga RM6 bilion dalam tempoh 10 tahun yang lalu,” kata beliau.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibaca Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian semasa merasmikan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak di Sri Aman hari ini.

Turut hadir, Menteri Bertanggungjawab yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pembangunan Bakat) Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis dan Pengarah UNIFOR Datuk Georgina Apphia Ngau.

Jelas beliau, hasil pendapatan tambahan daripada SST dan penjana ekonomi lain membolehkan Kerajaan Sarawak dapat melaksanakan lebih banyak projek yang memberi manfaat kepada rakyat, seperti menyalurkan bantuan kepada rumah ibadat agama lain seperti gereja dan kuil untuk agama Kristian, Buddha, Taoisme, Agama Baha’i Sikh dan Hindu.

“Melalui rundingan yang lebih baik di antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) , kita akan dapat membangunkan Sarawak yang hampir seluas Semenanjung Malaysia.

” Justeru, kita mengharapkan pimpinan di Kerajaan Persekutuan dapat bersikap adil kerana semua ini berdasarkan hak undang-undang kita seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan MA63,” ujar beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan