Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja ladang maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam kemalangan kendiri di simpang Ladang Rajawali Jalan Pesisir Bintulu/Miri di sini, malam tadi.

Pekerja ladang maut kemalangan kendiri

BINTULU, 14 Sept: Seorang pekerja ladang maut selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di simpang Ladang Rajawali Jalan Pesisir Bintulu/Miri di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, dalam kejadian jam 9.35 malam itu, mangsa yang  berusia 19 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan dihantar ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 11.40 malam oleh pegawai perubatan di wad kecemasan.

“Kemalangan berlaku ketika penunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Ladang Rajawali menghala ke Rumah Padang Batu 37 Jan Pan Borneo Bintulu/Miri.

“Semasa tiba berdekatan simpang Ladang Rajawali, tiba-tiba mangsa hilang kawalan menyebabkan motosikal ditunggangnya terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lokasi kejadian adalah jalan dua hala, lurus, kering dan cuaca baik namun gelap tanpa lampu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan