Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketika Malaysia dan Hungary memperingati pencapaian 55 tahun hubungan diplomatik tahun ini, prospek kerjasama dua hala dan pelbagai hala antara kedua-dua negara bergerak dengan sihat. Foto Embassy of Malaysia in Budapest (FB)

Munis lihat masa depan hubungan Malaysia-Hungary yang sihat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Ketika Malaysia dan Hungary memperingati pencapaian 55 tahun hubungan diplomatik tahun ini, prospek kerjasama dua hala dan pelbagai hala antara kedua-dua negara bergerak dengan sihat, menurut Duta Besar Malaysia ke Hungary Francisco Munis.

Beliau berhasrat untuk meningkatkan lagi hubungan Malaysia-Hungary dengan lebih banyak penglibatan, kerjasama dan pertukaran, terutamanya dalam meningkatkan jumlah perdagangan keseluruhan yang kini mencecah €660 juta pada 2023, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Budapest.

Kenyataan itu dikeluarkan bersempena dengan Majlis Resepsi Diplomatik sempena Hari Kebangsaan ke-67, Hari Malaysia ke-61 dan memperingati ulang tahun ke-55 Penubuhan Hubungan Diplomatik Malaysia-Hungary, serta mempromosikan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Melangkah ke hadapan, beliau optimis bahawa dengan penubuhan Jawatankuasa Bersama Antara Kerajaan bagi Kerjasama Ekonomi dan Industri (JIEC) antara Malaysia dan Hungary baru-baru ini, pertukaran perdagangan dan pelaburan dapat dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Munis berkata perjanjian pengecualian visa selama 90 hari antara kedua-dua negara akan terus melengkapi usaha berkenaan dan mengukuhkan lagi asas hubungan dua hala, terutamanya dalam mempromosikan dan menggalakkan hubungan antara rakyat serta interaksi dalam perniagaan dan pelancongan, yang membuka prospek untuk kerjasama yang saling memberi manfaat pada masa hadapan.

Mengenai Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025, duta itu berkata Malaysia sebagai sebuah negara pengasas ASEAN telah menyokong dan memainkan peranan penting secara konstruktif dalam pembangunan ASEAN yang aman.

Di bawah Malaysia selaku pengerusinya, Munis berkata Malaysia akan terus memupuk dan menekankan wawasan untuk ASEAN yang bersatu sebagai blok serantau yang kukuh dan mempromosikan kepentingan Pemusatan ASEAN dan ASEAN sebagai Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali.

Menekankan kesiapsiagaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, duta itu juga berkata Malaysia mengalu-alukan dan menyokong hasrat Hungary untuk menjadi sebahagian daripada Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama ASEAN dan “berharap agar penyertaan Hungary dalam perjanjian itu dapat diselesaikan segera.”

“Ia juga merupakan salah satu harapan Malaysia untuk kejayaan kepresidenan Hungary dalam Kesatuan Eropah (EU),” katanya.

Munis berkata sokongan penuh Hungary terhadap prinsip Pemusatan ASEAN dan usaha untuk mempromosikan hubungan ASEAN-EU semasa Kepresidenan EU mereka akan membantu merapatkan lagi pengukuhan hubungan ASEAN-EU, serta hubungan Malaysia-EU.

Hadir sama pada resepsi itu ialah Timbalan Setiausaha Negara bagi Pembangunan Hubungan Timur, Adam Stifter yang mewakili Menteri Luar dan Perdagangan Hungary, Peter Szijjarto.

Turut hadir ialah 200 pegawai dan tetamu dari agensi kerajaan pusat dan tempatan Hungary, duta dan anggota Kor Diplomatik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan pemikir, ahli perniagaan dan wakil media. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan