Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri semasa menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik di Kampung Santubong Bersempena dengan Program Komuniti Santuni Madani. Foto TVS

Kembara KASIH KPWKM santuni masyarakat dari Kuching ke Lawas – Nancy

ByFebbright James

KUCHING, 14 Sept: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengadakan Kembara KASIH KPWKM meliputi beberapa kawasan di Sarawak bermula hari ini sehingga 22 September.

Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan kembara KASIH tersebut akan melalui lapan daerah iaitu Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Sibuti, Miri, Limbang dan Lawas.

“Menerusi perjalanan sejauh 1,456 kilometer, kami berharap program ini memberi impak dan manfaat yang optimum kepada golongan sasar KPWKM serta masyarakat setempat.

“Kita memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk menikmati perkhidmatan yang kita beri kepada rakyat, melalui kembara ini kita memanifestasikan apakah perkhidmatan yang kita ada.

“Seperti hari ini di Kampung Santubong kita memberi peluang kepada orang ramai untuk mendaftar OKU, kebajikan, warga emas dan juga program LPKKN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Program Advokasi Kanak-Kanak di Sekolah Kebangsaan (SK) Santubong bersempena dengan Program Komuniti Santuni MADANI hari ini.

Tambahnya, pelbagai acara menarik diadakan termasuk Program Advokasi KASIH Kanak-Kanak, Karnival Sukan Rakyat PPDK Zon Selatan, perkhidmatan komuniti, pameran dan aktiviti lain yang menarik sepanjang hari ini.

“Kita juga ada kaunter pemeriksaan Kanser Serviks oleh LPPKN. Jangan takut untuk lakukan pemeriksaan kerana pemeriksaan ini agak mahal kosnya namun pada hari ini kita bawakan secara percuma,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian beliau untuk Program Komuniti Santuni Madani, Nancy berharap penduduk setempat tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan.

“Jadi, untuk program ini saya menjadikan Kampung Santubong sebagai kampung angkat Program Santuni MADANI pemimpin ini.

“Pemilihan kampung Santubong ini bukan bermakna kampung-kampung lain diketepikan sebaliknya kampung-kampung lain berdekatan khususnya dalam Parlimen Santubong tetap akan sama-sama mendapat limpahan manfaat daripada program ini.

Nancy memaklumkan Kembara KASIH KPWKM ini melibatkan semua agensi di bawah KPWKM seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Institut Sosial Malaysia (ISM), Lembaga Kaunselor, Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS), dan LPPKN.

Beliau turut berharap masyarakat hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Kembara KASIH dan Perasmian Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertempat di Waterfront Kuching pada 15 September 2024, jam 10 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan