Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Foto TVS

Beri ruang kepada polis jalankan siasatan

ByFebbright James

KUCHING, 14 Sept: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan mengenai nasib kanak-kanak yang diselamatkan di 20 rumah amal dipercayai milik Global Ikhwan and Business Holding (GISB Holding).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, fokus KPWKM ketika ini adalah untuk memastikan kanak-kanak tersebut selamat manakala tindakan selanjutnya diserahkan kepada PDRM.

“Pertama sekali, kami (KPWKM) mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak yang bertanya dan ingin mengetahui mengenai apa yang berlaku. Sebenarnya kami di kementerian hanya membantu polis apa yang diperlukan manakala selebihnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Tidak seperti biasa, saya tidak mengeluarkan kenyataan atau respons awal terhadap kes ini bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dengan lancar.

“Kita perlu menunggu siasatan selesai, barulah kita dapat tahu perkembangan terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Program Advokasi Kanak-Kanak di Sekolah Kebangsaan Santubong bersempena Program Komuniti Santuni MADANI hari ini.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong menjelaskan, kanak-kanak tersebut kini berada dalam jagaan polis dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Polis tidak menyatakan lokasi kanak-kanak ini berada kerana masih dalam proses menyusun atur tempat mereka ditempatkan seterusnya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan