Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejak Isnin, wilayah Bechar dan wilayah lain dilanda banjir disebabkan hujan lebat. Foto hiasan Envato

Banjir: Pihak berkuasa Algeria pindah 260 keluarga

ByBernama

ALGIERS, 14 Sept: Pihak berkuasa Algeria memindahkan 260 keluarga untuk mengelak banjir di wilayah barat daya Bechar, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Keluarga itu “dipindahkan dari kawasan berisiko banjir sebagai langkah berjaga-jaga terhadap bahaya banjir,” menurut agensi berita negara Algeria APS.

Sejak Isnin, wilayah Bechar dan wilayah lain dilanda banjir disebabkan hujan lebat.

Kementerian Dalam Negeri merekodkan hujan 120 milimeter di wilayah Bechar dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Tiga orang setakat ini maut akibat banjir di wilayah Bechar dan Tamanrasset, menurut perkhidmatan perlindungan awam Algeria. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan