Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Long Mekabar, Marudi, awal pagi tadi. Foto JBPM

6 rumah di Kampung Long Mekabar musnah terbakar

MARUDI, 14 Sept: Sebanyak enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Long Mekabar di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.25 pagi dengan menggerakkan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan enam buah rumah struktur jenis tidak kekal telah terbakar keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, kebakaran terbabit tidak melibatkan kecederaan mangsa.

“Difahamkan kebakaran ini berlaku pada jam 3 pagi tadi. Pihak bomba telah bergerak ke lokasi kejadian yang mengambil masa lebih 8 jam perjalanan,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan