Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan saman terhadap 39 bas ekspres dan bas persiaran yang didapati tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) atau perjalanan selama empat jam secara berterusan. Foto hiasan Envato

39 bas disaman kerana tiada pemandu kedua

ByBernama

BUKIT MERTAJAM, 14 Sept: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan saman terhadap 39 bas ekspres dan bas persiaran yang didapati tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) atau perjalanan selama empat jam secara berterusan, dalam operasi khas awal hari ini.

Dalam kenyataan di Facebook JPJ Pulau Pinang memaklumkan operasi khas yang menyasarkan bas ekspres dan bas persiaran itu berlangsung selama tujuh jam dan tamat pada 6 pagi di Plaza Tol Juru di sini.

“Operasi khas itu dijalankan terhadap kenderaan pelancongan dan kenderaan perkhidmatan awam iaitu bas persiaran dan bas ekspres dengan 39 buah bas telah dikenakan saman.

“Sebanyak 219 saman turut dikeluarkan membabitkan kesalahan lain antaranya tiada Lesen Perubahan Sementara (LPS), tiada lesen memandu, tiada lesen memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), tidak kemas kini buku log pemandu dan gagal selenggara kenderaan dengan baik,” menurut hantaran itu malam ini.

Pemandu dan pengusaha kenderaan perkhidmatan awam dinasihatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa serta kenderaan selamat digunakan di jalan raya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan