39 bas disaman kerana tiada pemandu kedua

BUKIT MERTAJAM, 14 Sept: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan saman terhadap 39 bas ekspres dan bas persiaran yang didapati tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) atau perjalanan selama empat jam secara berterusan, dalam operasi khas awal hari ini.

Taufan Bebinca hampiri pulau-pulau di barat daya Jepun

TOKYO, 14 Sept: Taufan Bebinca menghampiri wilayah kepulauan barat daya Jepun, Amami, pada Sabtu dengan agensi cuaca memberi amaran mengenai hujan lebat, angin kencang dan air pasang besar di kawasan berkenaan, lapor Agensi Berita Kyodo.