Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 37 orang maut dan 400,000 yang lain hilang tempat tinggal selepas banjir besar melanda bandar Maiduguri di timur laut Nigeria. Foto AFP

Sekurang-kurangnya 37 maut akibat banjir di Nigeria

ByBernama

LAGOS (Nigeria), 13 Sept: Sekurang-kurangnya 37 orang maut dan 400,000 yang lain hilang tempat tinggal selepas banjir besar melanda bandar Maiduguri di timur laut Nigeria, lapor agensi berita Anadolu.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), Zubaida Umar berkata pada mesyuarat penyelarasan kecemasan di Abuja bahawa pasukan mencari dan menyelamat menemukan 37 mayat selepas kejadian banjir besar pada Selasa.

Banjir melanda Maiduguri, ibu negeri Borno hingga mengakibatkan sekolah, hospital, pejabat kerajaan, zoo, pusat ibadat, bank dan kawasan komersial ditenggelami air.

Pihak berkuasa menyifatkan banjir kali ini sebagai kejadian terburuk dalam beberapa dekad.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Borno (SEMA), Barkindo Saidu memberitahu Anadolu bahawa operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

“Operasi mencari dan menyelamat masih berjalan.

“Kerajaan menubuhkan sembilan kem untuk mangsa yang hilang tempat tinggal, manakala makanan, selimut, pakaian, tikar dan wang disediakan sebagai tindak balas segera,” katanya kepada Anadolu.

Hampir separuh bandar masih ditenggelami air, dua hari selepas banjir besar melanda kawasan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan